Mengandung Semasa Pandemik?

Mengandung Semasa Pandemik?

  • LAZZ STATION
  • 6 months ago
1615693700WhatsApp-Image-2021-02-05-at-17.03.04.jpeg

Ramai ibu hamil yang risau masa pandemik ni. Risau kalau kalau dijangkiti dan risaukan bayi dalam kandungan. Boleh ke bayi dijangkiti sekiranya ibu positif Covid-19?

Sejak Covid-19 melanda seluruh negara, mengikut kajian, tiada bayi yang dijangkiti semasa dalam kandungan walaupun ibu positif. Tiada kajian membuktikan virus tersebut boleh menjangkiti janin semasa mengandung atau setelah bayi dilahirkan.

Secara ringkasnya, walaupun tidak banyak kajian tentang kesan virus terhadap ibu hamil dan bayi, kita perlu mengambil langkah pencegahan dari dijangkiti.

 

Tips Untuk Ibu Hamil:

1. Elakkan diri dari pergi ke tempat sesak atau ramai orang.
Sebaiknya duduk sahaja dirumah dan elak dari terima tetamu walaupun saudara mara. Lebih lebih lagi jika ada anak kecil atau golongan berisiko di rumah.

2. Kurangkan pergi ke pasaraya.
Pastikan barang dapur mencukupi dan jika nak beli barang penting, seminggu sekali sahaja. Sebaiknya minta bantuan suami atau orang lain untuk belikan stok barang basah seminggu sekali.

3. ‘Sanitize’ semua barang yang dibeli.
Basuh semua barang sebelum sentuh dan sebelum barang letakkan di dalam pegi sejuk. ‘Disinfect’ tombol pintu dan basuh tangan dengan sabun setelah pulang dari pasaraya.

4. Makan makanan yang meningkatkan ‘immune’ badan.
Ambil makanan kaya vitamin C, susu, protein, sayuran dan buah buahan.

5. Ibu mengalami simptoms?
Jika ibu tak sihat, batuk, demam atau selsema, elakkan untuk pergi ujian saringan terus di hospital. Jumpa doktor dulu dan mereka akan sarankan ibu melakukan saringan jika perlu. Sekiranya mengalami sesak nafas dan diperlukan untuk melakukan ujian saringan, sebaiknya pergi ujian saringan melalui drive-thru. Ini adalah disebabkan ibu hamil yang sistem imun tubuh sedang rendah lebih berisiko dijangkiti.

6. Jaga diri dan emosi.
Sekiranya ibu tidak sihat, elakkan dari membaca berita tentang peningkatan kes virus ini dikawasan anda. Teruskan jaga kebersihan diri, kuarantin dan jaga pemakanan sahaja. Jika ibu terlalu risau, boleh mengakibatkan bayi stress dan ganggu kesihatan mental dan fizikal ibu.